Silat
Melayu adalah “Super Brand” dan Produk Malaysia
yang telah diiktiraf di
peringkat Kebangsaan dan antarabangsa. Dengan kepesatan perniagaan
internet sebagai satu cabang e-dagang yang pesat membangun di Malaysia
maka kami mengorak langkah yang aktif dalam memperkenalkan Silat Melayu
sebagai satu jenama produk melalui bengkel dan seminar.
Team Pakar Silat Melayu
Sebenar menjalankan bengkel dan seminar untuk semua golongan umum yang
berminat mengenai Silat Melayu dan atlet-atlet sukan prestasi tinggi
dalam seni mempertahankan diri Silat. Seminar kami dijalankan dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (waktu berbeza terpulang kepada
permintaan penganjur).
Kepakaran
kami adalah dalam seni
mempertahankan diri & beladiri iaitu SILAT
MELAYU, sukan prestasi tinggi seperti SILAT OLAHRAGA dan
SILAT SENI,
kejurulatihan sukan (sains sukan) dan yang terkini perniagaan dalam
Silat Melayu.
Jadi,
sekiranya anda ingin mencari penceramah dan pensyarah mengenai
bagaimana mempelajari Silat Melayu sebenar, bagaimana mengaplikasi
teknik Silat Melayu berkesan, bagaimana mengaplikasi pelajaran Silat
Melayu kepada sukan dan kejurulatihan yang berprestasi tinggi,
bagaimana menambah pendapatan melalui kerjaya SILAT MELAYU dan
bagaimana mempelajari silat dengan mudah dan berkesan, maka ANDA telah
menemuinya di sini, KAWAN!
Hubungi kami dan kami berbesar
hati untuk berbincang tentang bagaimana untuk mencapai sasaran dan impian anda
dalam seni mempertahankan diri yang terbaik di dunia ini.
BENAR,
kami telah memulakan industri ini semenjak 1974- lebih kurang 33 tahun.
Kami telah bergiat cergas dalam seminar dan bengkel dalam industri
persilatan & beladiri dan semakin berkembang dari tahun ke
tahun.
Ramai peserta dari pelbagai negara seperti Austria, United Kingdom,
Perancis, Thailand, Germany turut hadir untuk
mengikuti bengkel Silat
Melayu dan ramai lagi akan mengikuti seminar dan bengkel ini.
Dan,
kini rebutlah peluang untuk hadir bersama-sama para peserta lain yang
terdiri orang awam, para pelajar, professional, dan pakar-pakar
beladiri lain untuk mengikuti seminar dan bengkel Team Pakar Silat
Melayu Sebenar yang dipolopori oleh Anuar Abdul Wahab AMN yang
mempunyai pengalaman luas dalam mengembangkan Silat Melayu di pasaran
antarabangsa.
Sebenarnya,
kami mengalu-alukan kedatangan ANDA sebagai pelanggan
kehormat kami di
masa terdekat ini! Saksikan kebenaran, kehebatan dan keunikan Silat
Melayu yang pasti akan memberikan pengalaman dan merubah pandangan
hidup anda!
Semoga kita bertemu tidak lama
lagi!
|